Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

klik sini..

Memaparkan catatan dengan label story. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label story. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Julai 2011

Tasks to settle...

Salam semua...
Saya bersiaran dari rumah arini. Al-maklumlah dah start cuti kan. Pepagi tadi pegi renew lesen untuk 3 tahun di JPJ Bandar Tasik Permaisuri. Jalan kaki je dalam 10 minit. hehehehehe..Lepastu singgah Klinik Bakti (bawah blok jek) untuk consult doc tentang sesuatu. Emm, alhamdulillah nothing to worry..ehehehe..

Sebenarnya walaupun bercuti ada banyak task (macam tajuk di atas) yang harus disettlekan. Urmmmm.... For starting, saya settlekan dulu hal2 wajib & senang dulu. Lepastu baru lah ready untuk perah otak yep. Doakan semoga saya dapat mengeluarkan idea2 yang bernas lagi kreatif & inovatif untuk projek promotion saya yep. Gambate...gambate for me!!! hehehe...adiossss....

p/s: Ade 1 bakul kain kena sidai nih tapi layan drama korea sambil fb-ing & blogging dulu..hahahaha...


Juara rupa2nya yek walaupun pestime join tournament dengan Kementerian Penerangan..hehehe



KURSUS AWALAN KEJURULATIHAN PENJAGA GOL FAM/KLFA/POS FC
Semalam (18 Julai 2011) bermulanya kursus awalan kejurulatihan Penjaga Gol anjuran bersama FAM, KLFA dan POS MALAYSIA FC. Dengan ikrar ingin bakal melahirkan lebih ramai jurulatih penjaga gol professional di kalangan warga kerja Pos Malaysia, kursus tersebut dijadualkan akan tamat pada 20 Julai 2011. Bertempat di Institut Latihan Pos Malaysia (ILPM), Bangi seramai 23 orang peserta mengambil bahagian. Kursus yang julung kali diadakan oleh Pos Malaysia ini dikendalikan oleh instruktur yang pengalaman, En. Lim Chuan Chin. Beliau yang juga merupakan Pengarah Kejurulatihan Penjaga Gol skuad kebangsaan, turut dipertanggungjawabkan bagi melahirkan lebih ramai jurulatih penjaga gol di Malaysia. Misi beliau adalah untuk melahirkan 1  Jurulatih bagi setiap 1 pemain. Beliau yang pernah bermain bersama-sama Dato’ Soh Chin Aun, Dato’ Santokh Singh dan Rashid Hassan berharap para jurulatih dibawah kendaliannya mampu menarik minat lebih ramai pemain muda untuk menjadi penjaga gol. Antara yang hadir Ismail bin Ali (wakil UPUS), Abu Bakar Othman (AJK Kelab Merpati), Khairul Azlan (wakil Pos Perak) dan Zairon Hasrin (wakil PosLaju).

Jumaat, 10 Jun 2011

Bubur....

Salam semua....
Harini sudah ke opis tapi masih belum sembuh sepenuhnye. Walaubagaimanapun, keje tetap keje yep. Jangan malas2...ehehehehe...Pagi tadi saya hanya makan kek gula hangus & kuih talam ubi kot. Tengahari saya bedal nasi ayam, dah le terlupa pesan tak nak cili, tengok2 ayam sampai sos kicap & cili banjir..ahahahaha bedal sajelah..Untuk mengurangkan bisa cili itu, saya telah banjirkan nasi ayam dengan sup. hahahaha macam2....

So, untuk dinner saya masih makan bubur ayam. Makanan lain dekat pasar malam rumah saya semuanya bergoreng...huhuhuhuhuhu...bubur pon bubur lah....Time sakit je selera nak makan bubur, bile sihat melantak tak hingat...ehehehehe.....

p/s: Sebenarnye bagus makan bersup2 & rebus2 ni...Badan sihat, boleh kurus juga...ahahaha...

< pestime beli kat pasar malam nih, RM2.50 bubur ayam sedap gak!! >

Selasa, 7 Jun 2011

Ke laut!!

Salam semua..
Saya bersiaran dari rumah hari ni sebab kurang sihat. Mood nak berblog & fb pun agak KE LAUT semenjak dua menjak ni...Sorry yep kawan2...

Layan gambar jelah...

< saya MC arini bos :-( >

< sempat grab 5 benda kat karnival ni, berdepan Wahab Cendol Wangsa Maju >

< terjumpa replika ni depan Pudu Plaza nice!! >

p/s: bila lah nak KE LAUT candat sotong nih!! ehehehe...

Selasa, 17 Mei 2011

Hari Ibu, Bapa & Guru di ATAH..

Salam semua...
Maaf la yek nak update cerita basi lagi nih. Pada hari Khamis malam Jumaat yang lepas iaitu tanggal 12-May-11, saya & hubby telah bergegas ke ATAH a.k.a Akademi Tahfiz Al-Hidayah selepas pulang dari ofis untuk menghadiri majlis bacaan yassin & solat hajat sempena sambutan hari ibu, bapa & guru bersama-sama pelajar, guru & ibu bapa penjaga. Sebenarnya majlis bermula jam 6.30pm tetapi al-maklumlah jalan jem, kami tiba lebih kurang pukul 7.40pm camtu. Semua tetamu & pelajar baru selesai makan malam & baru nak memulakan solat maghrib berjemaah. Nasib baik sempat. ehehehe...

Selepas solat maghrib berjemaah, kami dipimpin oleh ustaz ATAH untuk solat hajat & seterusnya bacaan yassin dan tahlil. Selesai bacaan yassin kami solat isya' berjemaah pula. Kemudian majlis dimulakan dengan bacaan surah-surah al-quran oleh bakal hafiz & hafizah dari ATAH. Sejuk perut ibu yang mengandungkan dapat anak yang menghafaz al-quran. Selepas itu ade anugerah ibu & bapa mithali pula. Anugerah ibu mithali diberikan kepada Puan Hajah Zihan kalau tak silap saya yang tidak pernah kenal erti jemu mendidik anak2nya dalam menghafaz al-quran. Anugerah bapa mithali pula diberikan kepada seorang bapa yang berjaya membimbing anaknye yang OKU sehingga berjaya menghafaz 1 juzuk al-quran dalam masa sebulan. Alhamdulillah semoga Zahir dapat menjadi hafiz yang cemerlang. Mudah2an..

Kemudian ibu & bapa dijemput ke hadapan untuk bersama-sama memotong kek hari ibu & bapa sambil diiringi nyanyian nasyid oleh ibu Laila (pengasas & pengetua ATAH) serta pelajar2 ATAH. Kami kemudiannya disajikan dengan nyanyian nasyid oleh pelajar2 pra-sekolah ATAH sempena hari ibu. Sungguh sayu & sedih suasana tatkala para pelajar pra-sekolah menghadiahkan bunga ros kepada ibu & bapa masing2. Ada pelajar2 anak yatim yang menangis sedih kerana ibu bapa mereka tiada di dalam majlis itu. Ibu bapa serta guru & pelajar2 lain juga turut sedih, diiringi plak oleh lagu Maher Zain yang sedih itu bertambah2 le kesedihannya..Selepas sesi bersalam-salaman di antara semua tetamu kami dihidangkan dengan jamuan. Antara makanan yang ada ialah kek, nasi goreng, mee goreng, kuih muih, spageti & buah2an. Alhamdulillah, kami dapat meluangkan sedikit masa di majlis itu. Mudah2an semua pelajar2 ATAH dapat menjadi pelajar yang cemerlang & hafiz-hafizah yang terbilang..aminnnn...

p/s: Bergenang air mata saya melihat suasana pada malam itu....

<pengerusi majlis>

<bakal hafizah>

<bakal hafiz>

< board Selamat Hari Ibu Bapa >

< anugerah bapa mithali >

<anugerah ibu mithali >

< para bapa potong kek hari bapa >

< Zahir, semoga menjadi hafiz yang cemerlang >

< the cake >

< persembahan kanak2 pra-sekolah >

< tamborin & gendang mengiringi nyanyian >

< bijak melagukan gendang >

< berbincang dengan ustaz >

< tengok sempat peace lagi!! hehehe >

< ummi & zahir >

< zahir & abah >

*maaf kualiti gambar kurang memuaskan..huhuhu...

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru...

Salam semua...
perghh berhabuk sudah ini blog.. wakakaka...Bukan tak mahu update, tapi tahap kesibukan yang melampau padahal banyak benda nak update..cewahhh...ekekeke...

Pape pun hari ni hari guru. Maka, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada adik saya, kakak ipar saya, kawan2 & saudara mara yang bergelar guru serta bekas2 guru yang banyak mengajar saya sehingga saya menjadi seperti sekarang. Terima kasih yang tidak terhingga kepada cikgu2 Tadika Kemas rumah panjang Pantai Dalam, Sekolah Kebangsaan Bangsar, Sekolah Agama Sri Pantai, Sekolah Menengah Sri Pantai, Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Kolej Chermai & Universiti Malaya (Jabatan Mekanik & Bahan). Semoga kalian semua tidak berputus asa dalam mendidik anak bangsa!

p/s: Saya tiada tokoh menjadi guru..ehehehehe...


< wif cikgu2 matriks >

< wif cikgu kirahman >

< wif cikgu shamsul >

< cikgu2 matriks lg >

< wif cikgu ijad >

< wif cikgu2 SMTMS termasuk arwah cikgu fahrul >


Jumaat, 22 April 2011

Shopping updates..

Salam semua....
huhuhu rase cam lama dah tak update..busy skit...ekekeke...nak cerita story basi ni..ekekeke...akhirnye berjaya juga ssaya hopping mase jcard rabu lepas. Walaupun plan asalnye nak beli kasut keje hubby, akhirnya saya yang shopping!! ahahahaha thank u hubby....

Kami sampai JJ Mid Valley pada pukul 9.00pm. Al-maklumlah, tunggu hubby balik keje dulu baru bertolak. Tak sampai 15 minit pun perjalanan dari rumah saya. Perut masing-masing dah lapar, tapi disebabkan tak sabar nak tengok ape yang di-offer kami pun terus masuk JJ. Destinasi pertama ialah survey kasut keje hubby. Tengok yang tu tak berkenan, tengok yang ni plak tak berkenan. Abis round sume brand pun takde yang berkenan, maka niat untuk beli tu terus terbatal. hahahaha...

On the way nak cari eskalator turun ke department ladies, kami lalu bahagian sports. Kami singgah di Diadora brand. Emm, seluar santai yang saya suka pakai tu ade sale. Apa lagi grabbed la 1. Walaupun terpakse menunggu turn untuk masuk fitting room, takpe2 sanggup. kekeke...Lepas bayar kami terus turun ke department ladies. Niat asal nak cari seluar slack, tak jumpe yang berkenan. Last2 saya grabbed seluar santai lagi 1, material lain la dari Diadora tu. Yang ni jenis casual. ehehehe tunggu fitting room panjang plak queu nye, last2 saya masuk additional fiiting room yang orang tak berapa perasan kewujudannya. Selepas puas hati dengan saiznya, saya terus ke bahagian lingerie. Emm, dah takde promo buy 1 free 1 tue. Yang ade hanye buy 3 for RM89. Emm, saya beli jelah coz still murah. Kalu tidak, harga normal RM49.90 untuk 1. ehehehe... Selepas bayar kami terus ke supermarket. Nak cari groceries skit. Sale takdela memberangsangkan sangat tapi dah alang2 pegi beli jelah. Saya beli sushi juga coz tetibe teringin. ekekeke. Selalu makan time company dinner @ lunch with supplier. Selesai bayar tibalah masenye untuk redeem baucer. hahahah saya dapat RM10 je coz belanje pun skit je kan.

Kami singgah dinner kat Restoran Ani Sup Utara, coz parking kereta yang kosong kat area tu jek. Mula2 nak makan dekat Q Bistro, tapi malas plak nak menapak jauh. So decided makan kat situ jelah, lagipun dah lama sangat tak singgah makan kat situ. Saya makan bihun sup & hubby makan set nasi dengan sup tulang. Alhamdulillah kenyang. Selesai makan kami beransur pulang. T.H.E. E.N.D.. :-)

p/s: Nanti hubby dapat bonus saya nak pow ape plak yek?? ekekekeke pow itu WAJIB..

inilah barang yg saya shopping!!


Selasa, 5 April 2011

pestime....

Salam semua...
Malamni baru berkesempatan nak update blog. Tapi dari tadi sedang memikir nak tulis ape yek..emmm, nak citer pasal pengalaman saya pakai shawl dengan inner butterfly tuela..ahahahaha...

Sebenarnye saya tak tau pun nak lilit shawl style terbaru tu. Adik & kawan cakap ade banyak tutorial pakai shawl tu dlm you tube & blog tapi saya belum sempat nak cari..ehehehe. Ahad lepas saya try lah pakai. Main hentam je lilit2, pin sana, pin sini dah siap. Tanye hubby, dia cakap ok so saya pun ok jelah. hahaha..

MMS gambar saya pakai tudung tu kat kawan & adik diorang cakap muka saya bolat!! wua wuaaa..dah beli sekodi kenalah pakai sampai lebam yek..ekekekeke...tu memang pestime saya pakai la. Bile lagi ye nak pakai?? Hahah, time training kat hotel minggu depan nanti lah. Dalam penyiasatan nak pakai tak?? ahahahaha.... gediksss skit!!

p/s: sila jangan gelakkan saya hokeh!! hahahahahaha :-)


< huhu bolat!! >

< serius skit, lapor belom makan mase ni hehehehe >


Selasa, 29 Mac 2011

Cucur udang a.k.a. colek malas & sejarah....

Salam semua, Anda semua sudah makan?? Saya makan tengahari di kantin kilang lagi. :-) Harini kupon RM3 yang terakhir buat mase ini. Hehehe..
Anyway, back to the tajuk asal "Cucur udang & sejarah". Hahah, ape kena dengan entry kali ni yek. Haa, nak cerita skit pasal cucur udang a.k.a. colek malas kalu dalam loghat Kelate ni. Semalam saya lepak di rumah parents. Disebabkan saya yang request cucur udang kuah kacang, maka mama saya pun dengan rela hati buatle untuk kami makan sekeluarga. Ingatkan kuah kacang je, tapi mama saya buat sekali dengan kuah sos nye. Heheh baiknye mama..Saya makan paling banyak rasenye, 4 ketul..Adik2, kakak, mama & abah sume makan 2-3 ketul sorang. Ngeee :-) dah nama pun teringin kan memang puas la dapat makan, tambah ulam timun & campurkan kedua-dua kuah barulah mengancam rasenye, kenyang sampai malam. Mama buat juga puding jagung & agar-agar milo untuk menu tambahan minum petang.
Sejarahnye, parents saya dulu memang terkenal dengan cucur udang ni di kawasan rumah mereka. Tiap-tiap petang mereka berniaga di kawasan penjaja di perkarangan parking blok. Kalau bulan puasa tu memang penuh keliling la orang yang beratur nak membelinya. Teringat lagi zaman lepas SPM dulu sayalah yang jadi assistant diorang berniaga. Eheheh sampai berparut la atas tangan saya terkena senduk panas cucur udang tu..Kenangan yang tak berapa nak manis yek. Selepas beberapa tahun berniaga di situ, parents saya membuat keputusan untuk pindah duduk di Kelate & menjalankan perniagaan di sana. Alhamdulillah, bermula dengan 1 gerai di KB, lepastu buka francais di Pasir Pekan pula. Emm, beberapa tahun jugala berniaga di sana. Sampailah satu ketika tu parents saya decide untuk pindah semula ke KL atas sebab-sebab tertentu.
Selepas pindah ke KL, mereka sudah tidak mahu berniaga lagi walaupun ade jiran-jiran yang mengusulkan cadangan. Mereka memang rindu dengan kuih muih air tangan mak saya walaupun ade orang lain yang berniaga, rasanya tidak sama. Mak saya sebenarnya terasa penat untuk berniaga, ialah dari segi penyediaan bahan, masak & menjual semua dia yang kena buat, saya & ayah tolong skit-skit je. Sebab tu lah mereka tidak berniaga lagi & lebih memilih untuk kerja makan gaji, tiap-tiap bulan dapat gaji dan lebih relax.
Emm, disebabkan sudah lama tidak makan la tetiba saya teringin untuk makan kuih cucur udang ni, memang susah nak cari yang sedap & rangup yek. Terima kasih mama..I love u..ummmuahhhh!!




p/s: Kepada sesape yang jelik @ bosan dengan entry makanan saya, sila jangan bace yek!! bengang ni..grrr...


Semalam yang busy...

Salam semua...
Dah sarapan pagi?? Saya sudah. Pagi ni makan kuih & tengahari nanti makan lempeng susu + oat yang saya masak pagi tadi. Tak sempat nak tapau nasi & malas plak nak menapak ke kantin apabila tiada kupon free lagi :-).

Emm, semalam tak sempat nak update blog. Di ofis tengah banyak keje (hehehe konon-konon nye la), di rumah plak sibuk dengan kerja rumah la ape lagi..ehehehe...Yang sebenarnya semalam saya siapkan e-learning course yang wajib dijawab setelah mendaftar kat HQ. Disebabkan due date nye arini, maka saya dengan gigih menyudahkan kesemua chapter, test & questionaires semalam. perghhhhh berpeluh gakle menjawabnye dan chapter last tu terpaksa jawab 3x coz 2x failed. huhuhuhu :-(. Selepas kita jawab sampai lulus baru boleh proceed ke next step. Akhirnya, saya berjaya juga menyudahkan setelah 1 tahun delayed. ekekekeke last year saya malas nak buat, boleh tak!!

Inilah hasilnye kerje keras saya semalam...wakakaka....



p/s: huhu agak tepu menjawab test setelah sekian lama meninggalkan alam pembelajaran & peperiksaan. ekeke...

Ahad, 27 Mac 2011

Jalan-jalan cari pasal..GRRRR!!

Salam semua..
Pagi hari minggu dapat makan nasi lemak mama bestnye!! hehehe nasi lemak lauk sambal sotong & udang. perghh!! Memang terbaekkk..terima kasih mama.

Emm, semalam saya & hubby plan nak tengok wayang & makan-makan sempena besday hubby tu, tapi survey movie sume pun agak tak menarik. So kami cancelled plan tengok wayang. Untuk makan-makan lak, tak tahu nak makan kat mane yang best. Saya cadang nak pegi Tony Roma's The Gardens tapi mase keluar rumah tu dah pukul 9.00, call restoran cakap last amik walk-in customer pukul 9.40pm, tak jadi la coz nanti kena makan tergesa-gesa plak. Saya pun cadang Restoran Intai-intai, selalu dengar & bace tapi tak penah try. Kami tiba di restoran pukul 10.00pm setelah terlepas signboard restoran tu (sape suh letak depan sangat, patutnye letak kat simpang nak masuk tu, dah kami kena u-turn balik.. huhuhu). Mase kami sampai orang masih ramai tapi masih ade tempat kosong. Owner tanya kami samada kami sanggup tak, nak tunggu makanan sampai dalam setengah jam sebab mase tu ade 3-4 meja yang belum dapat makanan. Hubby cakap OK je coz malas nak pegi tempat lain kena menunggu lagi. Masa kami nak order panggil staf tak datang-datang. Setengah jam kami duduk kat meja tunggu nak order, sabar jelah. Pukul 10.30pm baru kami dapat order ikan siakap 3 rase, tomyam poh tek seafood, kailan goreng & sotong goreng bersalut, teh o panas & Petari (pegaga, apple & kasturi).

Dalam pukul 10.50pm ikan & kailan sampai, lepastu tomyam plak sampai. Kami start makan sambil tunggu sotong bersalut tepung. Saya pandang-pandang belakang. Eh, tak sampai-sampai sotong aku ni. Nasi & lauk-lauk lain dah nak abis. Hubby cakap biar jelah, maybe tak buat @ hantar salah meja. huhuhu tak dapek den nak meraso..Nasib baiklah sambil menunggu staf datang amik order, tunggu makanan & sambil makan kami dihidangkan dengan persembahan nyanyian secara live. So enjoy juga la sambil duduk di tepi kolam ikan menikmati pemandangan & gelagat orang. hehehe..Seminggu sekali je ade persembahan tu. Overall, food so-so la. Servis sangat kureng, tapi caj servis dalam bil. huhuhu..Maybe 1st & last time pegi situ kot.

p/s: Sape-sape tau ade tempat makan best-best jangan lupe share dengan saya yek!! Jom layan gambar.

< aksi kami mase kelaparan & kekenyangan :-) >

< the foods & restaurant >



Sabtu, 26 Mac 2011

Dinner @ Chilli's Empire Gallery..

Salam semua...
Selamat pagi. Wow, di pagi Sabtu ni cargas plak saya bangun pagi, mandi & buat sarapan pagi. Selalunye bangun solat terus zazzzzz semula...ekekekeke...Satu perubahan untuk saya. ehehehe..Tapi tak sempat buat sarapan untuk hubby pun, pukul 6 lebih dia dah pegi keje..ehehehe...

Emm, arini saya nak buat review pasal dinner group saya semalam di Chilli's Empire Gallery. Actually 1st time saya pegi ke sana & 1st time juga makan di Chilli's. Dalam pukul 6.00pm kami sudah tiba di sana dari ofis di Shah Alam. Ingatkan tak ramai orang, tapi cari parking kosong punye la susah. Penuh rupenye. huhuhu hampir 10-15 minit gakla cari parking. Akhirnya dapat juga, tapi di hujung donia..ekeke tapi dekat gak la dengan entrance rupenya. Selepas jumpa dengan salah seorang rakan lain di eskalator, kami pun terus menuju ke restoran yang dimaksudkan. Setibanye kami di sana, sudah ade 2 orang rakan lain menunggu di depan, tapi kami belum boleh terus duduk kerana belum cukup korum. Polisi Chilli's hanya boleh ke meja apabila cukup korum ye kawan-kawan. Tapi disebabkan kami sudah berlima dari tujuh (sorang tak dapat datang) dapat gakle duduk di meja. Kami pun apa lagi bergediks dulu la sebelum order coz orang yang sponsor belum sampai. kekeke..Sempat juga la bertanya pasal cadangan meal yang menarik & enak dari staff-staff di situ. Kami semua order juices coz boleh refill (konon2 nak refill banyak kali la..eheheh) kecuali my bos & sorang lagi team mate minum warm water & ice lemon tea (feberet gak nie!!).

Setelah order dibuat, kami pun berchit-chat sambil menunggu hidangan. fuhh, terkejut tengok makanan masing-masing coz kami semua order sorang 1 set main course, ditambah pula dengan appetizer yang rangup & enak. Kenyang sampai semua orang pun tak dapat abiskan sampai licin. hehehehe takpe2, next time kite order main course skit je leh tambah dessert. Semalam kami semua tak order dessert sebab semua orang pun sudah full. Air pun tak refill. huhuhuhu rugi2..ehehehe..Overall food ade yang sedap, ade yang kureng. So next time kena try lain pula.

p/s: Thank you boss. Next time treat us free dinner lagi yek!! Enjoy picca's using my new hp. Emm, gambar yang gegar2 tu tanya Fariross yek. Nape ntah dia shaking nie..ekekeke lapor kot...


< snap dulu sebelum terlupo parking di mano yek! >

< chak!! me & Fariross >

< Ler kami lagi >

< sume stail dicadang oleh Fariross yek! ehehehe >

< kasut baru kami yang tak berapa nak baru yek..ekeke >

< summary of food >

< gedikss time >

< my group mates >

Jumaat, 25 Mac 2011

Makan preee... :-)

Salam semua...
Semua dah lunch?? Saya baru lepas makan nasi kandar ni. Pagi tadi saya makan breakfast McD yang ade free 2 sets of Big Breakfast tapi dengan syarat kena beli RM5 ke atas yek. Share dengan kawan-kawan..ehehehe..

Sejak kebelakangan ni murah rezeki makan free. Mula-mula company bagi kupon makan RM9 (RM3 x 3 hari selang-seli). Lepastu harini saya & opismate redeem free breakfast McD tue. Harini juga dapat gaji + baucer KFC RM25. Yeay!! Boleh pilih nak makan Pizza Hut, KFC @ RasaMas.. ehehehehe. Malamni plak bos group saya nak belanje group members sempena penghujung tahun kewangan & awal tahun kewangan yang baru (korang paham tak terms ni?? ehehehe) di Restoran Chilli's Empire Gallery. yeay!! Makan pree harus pegi..ekekeke...Fuuhh, banyaknye makan sedapp ni... Berat badan?? Emmm jangan difikir bile makan pree yek. Harap maklum!! :-)

p/s: Sape nak belanje saya makan lagi angkat kaki!! Jommmm....

< sumber: SINI >

<sumber: SINI>


<Dinner malam ni, yeay!! sumber: SINI>




Rabu, 23 Mac 2011

Hari yang di tunggu-tunggu..

Salam semua..
Apa khabar semua?? Saya sihat Alhamdulillah.. Arini saya kena buat e-learning course kat pc. Dah nak dekat due date tapi tak siap-siap lagi, baru selesai jawab test chapter 1. Ade 8 chapter tu, setiap abis 1 chapter ade test...wuaa wuaaa malasnye. Tapi buat jela, nanti dapat sijil (tu yang ditarget sebenarnye sabor jelah..).

Emm, satu hari lagi akan tiba hari lahir kesayangan saya, mr. hubby. ehehehe tak sabar nak dengar komen dia apabila menerima surprise saya. Tapi macam sama je sejak 3 tahun kebelakangan ni..Tak kisahla, asalkan dia bahagia yek. Hadiah dah dapat, cume benda idaman dia tu tak dapekla den nak bagi lagi sebab dah bagi C7 tuh..eheheh tunggu next durian runtuh la yek..ehehehe..

p/s: Bile la mr. hubby nak wat surprise on my birthday pula yek?? huhu still waiting dengan penuh kesabaran... :-)


< zaman cintan cintun (slim lg huhu) ni during family holiday @ Langkawi - tengah island hopping ni >