Maaf la yek nak update cerita basi lagi nih. Pada hari Khamis malam Jumaat yang lepas iaitu tanggal 12-May-11, saya & hubby telah bergegas ke ATAH a.k.a Akademi Tahfiz Al-Hidayah selepas pulang dari ofis untuk menghadiri majlis bacaan yassin & solat hajat sempena sambutan hari ibu, bapa & guru bersama-sama pelajar, guru & ibu bapa penjaga. Sebenarnya majlis bermula jam 6.30pm tetapi al-maklumlah jalan jem, kami tiba lebih kurang pukul 7.40pm camtu. Semua tetamu & pelajar baru selesai makan malam & baru nak memulakan solat maghrib berjemaah. Nasib baik sempat. ehehehe...
Selepas solat maghrib berjemaah, kami dipimpin oleh ustaz ATAH untuk solat hajat & seterusnya bacaan yassin dan tahlil. Selesai bacaan yassin kami solat isya' berjemaah pula. Kemudian majlis dimulakan dengan bacaan surah-surah al-quran oleh bakal hafiz & hafizah dari ATAH. Sejuk perut ibu yang mengandungkan dapat anak yang menghafaz al-quran. Selepas itu ade anugerah ibu & bapa mithali pula. Anugerah ibu mithali diberikan kepada Puan Hajah Zihan kalau tak silap saya yang tidak pernah kenal erti jemu mendidik anak2nya dalam menghafaz al-quran. Anugerah bapa mithali pula diberikan kepada seorang bapa yang berjaya membimbing anaknye yang OKU sehingga berjaya menghafaz 1 juzuk al-quran dalam masa sebulan. Alhamdulillah semoga Zahir dapat menjadi hafiz yang cemerlang. Mudah2an..
Kemudian ibu & bapa dijemput ke hadapan untuk bersama-sama memotong kek hari ibu & bapa sambil diiringi nyanyian nasyid oleh ibu Laila (pengasas & pengetua ATAH) serta pelajar2 ATAH. Kami kemudiannya disajikan dengan nyanyian nasyid oleh pelajar2 pra-sekolah ATAH sempena hari ibu. Sungguh sayu & sedih suasana tatkala para pelajar pra-sekolah menghadiahkan bunga ros kepada ibu & bapa masing2. Ada pelajar2 anak yatim yang menangis sedih kerana ibu bapa mereka tiada di dalam majlis itu. Ibu bapa serta guru & pelajar2 lain juga turut sedih, diiringi plak oleh lagu Maher Zain yang sedih itu bertambah2 le kesedihannya..Selepas sesi bersalam-salaman di antara semua tetamu kami dihidangkan dengan jamuan. Antara makanan yang ada ialah kek, nasi goreng, mee goreng, kuih muih, spageti & buah2an. Alhamdulillah, kami dapat meluangkan sedikit masa di majlis itu. Mudah2an semua pelajar2 ATAH dapat menjadi pelajar yang cemerlang & hafiz-hafizah yang terbilang..aminnnn...
p/s: Bergenang air mata saya melihat suasana pada malam itu....
<pengerusi majlis>
<bakal hafizah>
<bakal hafiz>
< board Selamat Hari Ibu Bapa >
< anugerah bapa mithali >
<anugerah ibu mithali >
< para bapa potong kek hari bapa >
< Zahir, semoga menjadi hafiz yang cemerlang >
< the cake >
< persembahan kanak2 pra-sekolah >
< tamborin & gendang mengiringi nyanyian >
< bijak melagukan gendang >
< berbincang dengan ustaz >
< tengok sempat peace lagi!! hehehe >
< ummi & zahir >
< zahir & abah >
*maaf kualiti gambar kurang memuaskan..huhuhu...
6 ulasan:
sejuk perut kalo buat program camni kan..ain siap peace lg..hehe
eheheh tuela pasal..wakakaka..
kak ain,sori nak tanya.zahir ni sape?huhu.sori taktau..
ahahaha my step son la...
oo.ok.sori...
it's ok la... :-)
Catat Ulasan