Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

klik sini..

Sabtu, 18 Jun 2011

Pestime warded...

Salam semua....
Saya semakin beransur pulih...2 minggu juga badan ini tidak sihat & terpakse warded on 16-Jun-11 di PPUKM. perghhh pestime saya warded ni. Sebelumni tak penah sakit berpanjangan macam ni. Rabu malam 15-Jun-11 saya batuk berterusan & demam malam tu. Langsung tak boleh tido..badan rasa tak selesa sambil terbatok2...Sempat menangis juga huhuhu sebab tak tahan dengan keadaan itu. Cakap kat hubby yang saya nakpi hospital pagi esok tu untuk detail check-up. Risau juga takot ade pape yang perlu dirisaukan.

Sesampai di PPUKM, saya menyerahkan surat referral doktor klinik panel & menyerahkan buku appointment PPUKM yang saya sudah ada sebelum ni. Selepas pemeriksaan awal, saya perlu menanti giliran untuk pemeriksaan kedua oleh HA kot. Selepas check suhu badan, tekanan darah & amik detail skit, saya pergi mendaftar & ke kaunter bayaran sambil menunggu giliran. Semasa saya sampai tu orang belum begitu ramai.

Selepas berjumpe doktor, saya perlu menjalani xray, amik sampel darah & urin untuk diuji. Doktor juga memasang wayar di tangan saya untuk memasukkan air disebabkan keadaan badan saya yang sudah dehidrasi (maklumlah makan muntah makan muntah lepastu cirit birit plak). Saya rasa inilah kali pertama saya sakit yang berpanjangan dan tak lalu makan. huhuhuhu....

Doktor menyatakan kepada saya yang saya perlu masuk wad untuk pemerhatian. ALAMAK!! Pestime kena masuk wad ni. Perasaan takut, gelisah & macam2 lagi. Doktor nak monitor jika saya muntah lagi pada hari itu. Setelah inject ubat muntah ke dalam tiub air tu, saya terpakse menunggu sebentar sebelum ke wad. Hubby yang sebelum ini menunggu di luar terpakse masuk sebab risau lame sangat saya masuk ke dalam berjumpe doktor. Setelah masuk ke wad, nurse menyuruh hubby membeli makanan untuk saya makan. Saya menyuruh hubby membeli bubur sahaje sebab saya tak lalu makan. Setelah makan hubby beransur ke ofis untuk menyiapkan keje & saya tinggal di wad bertemankan nurse, doktor & pesakit2 lain. Petang skit doktor datang memantau keadaan saya & saya bertanya kepada doktor apa diagnosis penyakit saya. Doktor cakap virus biase saje, takde ape yang abnormal.Alhamdulillah, saya sudah keluar wad. Nasib baik takde pape yang abnormal. Takot juga....huhuhuhuhu....

p/s: huhuh tak nak masuk wad lagi.....

< huhu sakit kena cucuk orrrr >

< 2 botol air + ubat tahan muntah huhuhu >

<terpakse pakai mask sambil menunggu giliran masuk ke wad>

5 ulasan:

Fariross berkata...

cian lak tak pasal2 ek... pas nie kena jaga kesihatan ekk... kikiki...

ain zuraini berkata...

huhu tuela pasal....tak penah2 ni...

AZZ berkata...

syukur dah sihat..sebab virus je tu.sekarang kan musim panas.

lady-D berkata...

alololo ciannya dia..x pnh lg msk wad ni..take care ye ain..jg pemakanan skali taw..

-pesanan dr DR.DLA^^-

ain zuraini berkata...

tq aishah & dla...semakin sembuh ni...alhamdulillah..