Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

klik sini..

Sabtu, 21 Mei 2011

Award for mama...

Salam semua...
Arini saya bersiaran dari umah mama. Al-maklumlah malam nanti nak bersama2 family untuk tengok 1 majlis yang penting di sini. Apakah itu?? jeng jeng jeng...

Malam tadi dapat call dari mama. Ada sambutan hari ibu & bapa di perkarangan rumah esok malam ( malam nie la). Mama akan terima award ibu mithali @ ibu cemerlang. Mama tak suruh datang cume just inform in case saya nak datang kan. Of course la saya nak datang. Tak sabar nak lihat mama dapat anugerah seperti ini yang tak pernah kami terfikir untuk dapatkan. Mama bagitau yang semalam ajk majlis telah datang untuk interview. hohoho terharu saya di atas penghargaan yang diberikan kepada mama.

Saya tak sabar untuk menghadiri majlis ini malam nanti. Hanya saya, adik bongsu, kakak & anak2nya serta abah sahaja yang akan menyertai kerana adik lagi sorang sibuk dengan majlis konvokesyen di tempat kerjanya manakala abang saya berada nun jauh di Kelantan sana. Walaubagaimanapun, we all love you MAMA......ummuuuaahhh!! Nantikan gambar2 sekitar majlis nanti yek!

p/s: huhu jangan menangis malam nanti sudahlah!! ekekekeke saya ni sensitif skit. wakakaka...air mata kegembiraan & kesyukuran....Alhamdulillah....aminnnnn...


Jumaat, 20 Mei 2011

Gara-gara KAMU!!

Salam semua...
Ahah, ape kena dengan tajuk tu kan?? ekekeke takde pape sangat la..Nak cerita pasal kete jek. Isnin lepas hubby bawa kete ke bengkel untuk tukar spring. Baru beli dari kawan, baru guna 2 bulan nak jual. So hubby beli lah. Nak dijadikan cerita, mase mula2 tukar tu ok jek, keesokan harinya mase drive terdengar bunyi kriokk kriok kat tayar...Ish, seramnye....takut nak drive mase tu. Turun tengok takde nampak beza pun. Terus call mekanik cakap problem tu. Barulah mekanik highlight yang tapak tak berapa ngam. Sabor jelah, mase install tu tak cakap pon...Disebabkan cuti Wesak Day, hubby terpaksa bawa kete ke bengkel keesokan harinya. Terpaksalah saya dengan muka tak tau malu ni (huhuhuhuh) meminjam kete kawan hubby drive ke ofis coz takkan nak sambung cuti lagi...huhuhu...nasib baik dia dengan bermurah hati bagi pinjam yek. Sebagai tanda terima kasih hubby suh tong minyak keta. Dr 2 bar saya terus isi jadi 5 bar. hehehe..

Emm, takde rezeki la nak pakai spring baru. Dah install spring lama. Nasib baik belum buang. :-)

p/s: Memang jodoh lama dengan spring lame nie..ehehehe..

< spring baru ni..uhuhuhuu >

< dah siap wat alignment & balancing lagi..hukhuk.. >

Khamis, 19 Mei 2011

Reunion??

Salam semua...
Arini singgah umah parents balik dari keje tadi. Tetibe sepanjang jalan Bukit Angkasa tu tergantung banner2 jemputan ke Majlis Pelancaran Alumni Sekolah Kebangsaan Jalan Bangsar (dulu mase kitorang belajar nama sekolah tu Sekolah Kebangsaan Bangsar jep) pada 21-Mei-11 jam 9am. Ler sabtu ni rupanye. Emm, terasa nak pegi tapi nak survey kawan2 yang lain samada nak pegi @ tak. Kalau takde kawan segan gaklah coz pelajar2 since 1961 hingga 2011 tuh...Jubli emassss....

p/s: Mesti dapat jumpe kawan2 lame kan?? emmm...


Selasa, 17 Mei 2011

Hari Ibu, Bapa & Guru di ATAH..

Salam semua...
Maaf la yek nak update cerita basi lagi nih. Pada hari Khamis malam Jumaat yang lepas iaitu tanggal 12-May-11, saya & hubby telah bergegas ke ATAH a.k.a Akademi Tahfiz Al-Hidayah selepas pulang dari ofis untuk menghadiri majlis bacaan yassin & solat hajat sempena sambutan hari ibu, bapa & guru bersama-sama pelajar, guru & ibu bapa penjaga. Sebenarnya majlis bermula jam 6.30pm tetapi al-maklumlah jalan jem, kami tiba lebih kurang pukul 7.40pm camtu. Semua tetamu & pelajar baru selesai makan malam & baru nak memulakan solat maghrib berjemaah. Nasib baik sempat. ehehehe...

Selepas solat maghrib berjemaah, kami dipimpin oleh ustaz ATAH untuk solat hajat & seterusnya bacaan yassin dan tahlil. Selesai bacaan yassin kami solat isya' berjemaah pula. Kemudian majlis dimulakan dengan bacaan surah-surah al-quran oleh bakal hafiz & hafizah dari ATAH. Sejuk perut ibu yang mengandungkan dapat anak yang menghafaz al-quran. Selepas itu ade anugerah ibu & bapa mithali pula. Anugerah ibu mithali diberikan kepada Puan Hajah Zihan kalau tak silap saya yang tidak pernah kenal erti jemu mendidik anak2nya dalam menghafaz al-quran. Anugerah bapa mithali pula diberikan kepada seorang bapa yang berjaya membimbing anaknye yang OKU sehingga berjaya menghafaz 1 juzuk al-quran dalam masa sebulan. Alhamdulillah semoga Zahir dapat menjadi hafiz yang cemerlang. Mudah2an..

Kemudian ibu & bapa dijemput ke hadapan untuk bersama-sama memotong kek hari ibu & bapa sambil diiringi nyanyian nasyid oleh ibu Laila (pengasas & pengetua ATAH) serta pelajar2 ATAH. Kami kemudiannya disajikan dengan nyanyian nasyid oleh pelajar2 pra-sekolah ATAH sempena hari ibu. Sungguh sayu & sedih suasana tatkala para pelajar pra-sekolah menghadiahkan bunga ros kepada ibu & bapa masing2. Ada pelajar2 anak yatim yang menangis sedih kerana ibu bapa mereka tiada di dalam majlis itu. Ibu bapa serta guru & pelajar2 lain juga turut sedih, diiringi plak oleh lagu Maher Zain yang sedih itu bertambah2 le kesedihannya..Selepas sesi bersalam-salaman di antara semua tetamu kami dihidangkan dengan jamuan. Antara makanan yang ada ialah kek, nasi goreng, mee goreng, kuih muih, spageti & buah2an. Alhamdulillah, kami dapat meluangkan sedikit masa di majlis itu. Mudah2an semua pelajar2 ATAH dapat menjadi pelajar yang cemerlang & hafiz-hafizah yang terbilang..aminnnn...

p/s: Bergenang air mata saya melihat suasana pada malam itu....

<pengerusi majlis>

<bakal hafizah>

<bakal hafiz>

< board Selamat Hari Ibu Bapa >

< anugerah bapa mithali >

<anugerah ibu mithali >

< para bapa potong kek hari bapa >

< Zahir, semoga menjadi hafiz yang cemerlang >

< the cake >

< persembahan kanak2 pra-sekolah >

< tamborin & gendang mengiringi nyanyian >

< bijak melagukan gendang >

< berbincang dengan ustaz >

< tengok sempat peace lagi!! hehehe >

< ummi & zahir >

< zahir & abah >

*maaf kualiti gambar kurang memuaskan..huhuhu...

Isnin, 16 Mei 2011

JJCM di Cheechah Restaurant...

Salam semua...
Semalam selepas tengok JJCM di TV3 tengahari tue, saya & hubby terus bercadang untuk cuba makanan di sana. Senang betul terpengaruh dengan iklan/cerita tv kami ni..hikhikhik...

Kami dinner di sana sebelum menghantar Zahir pulang ke asrama. Saya order air sunny day, hubby order mojito & zahir order chocolate float..sume cedappp!! Main menu plak saya order rice with spanish mackerel sambal Melaka memang pedas POWER. Hubby lak order rice with tomato chicken tapi pedas gak...cedapp..Zahir order chinese special fried rice..Kami order Omm Ali & sesame prawn for dessert. Emm cedapnye......layan gambar ajelah!!

p/s: Nanti bile2 boleh pi sana lagi...ehehehe...

< baru sampai >

< 2 orang yang tengah lapar >

< menu..love the blue colour >

< we're also in blue..ehehehehe >

< hubby & me >

< hubby cayangg.. >

< budak kuat makan nih!! >

< lunch set menu >

< breakfast set menu >

< chocolate float & mojito >

< sunny day >

< special chinese fried rice >

< rice with tomato chicken tp spicy..cedappp!! >

< rice with ikan tenggiri sambal Melaka POWER! >

< Omm Ali a.k.a bread pudding yg cedappp!! >

< homemade sesame prawn >

< trademark in front of restaurant >

< photographer tak bertauliah ni >

< alamak separuh je air pancut tu! >


Welcome & Farewell Dinner @ Nyonya Kitchen..

Salam semua...
Saya nak update cerita basi ni.. Pada 11 Mei yang lepas, saya menghadiri jamuan makan malam di Nyonya Kitchen, Plaza Masalam Shah Alam. Restoran ni salah satu tempat feberet saya & hubby. Makanan feberet saya tentu lah nyonya sotong goreng, asam pedas & ayam pandan. Jom layan gambar..hehehehe..

p/s: Banyak tul saya makan camne nak kurus nih!! ehehehehe....

< sampai2 kite posing dulu...hehehe >

< me & fariross >

< door gift RM10 baucer McD >

< poster dinner >

< Khai, me & Li Yan >

< my 1st round penuh pinggan hahahaha >

< 2nd round: spring rolls, kuih pai tee & rojak buah >

< 3rd round: ais cendol >

< 4th & final round: another 2 pieces kuih pai tee cedaapppp!! >

Additional piccas...

< alamak ade yg blm ready..ekekek >

< baru masuk trs peace coz tak sbr nak mkn pree ekekeke >

< saya kat blkg tgh kusyuk dgr org jwb soalan utk cbtn bertuah >

< ramai tak?? >

< our big family >

<rosnah, me & khai with organizer >

< masing2 tgh menonggeng cari cabutan bertuah bwh kerusi hehehe.. >