Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

klik sini..

Sabtu, 19 Mac 2011

Langkawi Trip - Day 3 (14-Mar-11)

Salam semua...
Arini baru saya berkesempatan untuk sambung update pasal trip ke Langkawi. Okeh, akan saya update laju-laju yek...

Seperti biase, sarapan pagi di hotel saje. Buffet arini ade bihun goreng untuk makanan berat. 1st day aritu mee goreng. Makanla skit untuk alas perut. Selepas sarapan kami terus bergerak menuju ke Langkawi Cable Car. Jam menunjukkan pukul 9.00am, pengunjung sudah beratur panjang di kaunter tiket & pintu masuk, tapi tak bergerak-gerak. Tiba-tiba nampak staff kaunter tampal notis kat depan. Saya suruh zahir pegi bace. huhuhuh cable car ditangguhkan disebabkan angin kencang. Tetapi saya masih tidak berganjak sampai la ade staf-staf cable car explained kat orang ramai pasal penangguhan tu. Kami pun tukar plan ke Telaga Tujuh dahulu sebab berdekatan dengan cable car tuh. Sebelum keluar dari Oriental Village kami bergambar jap.

Sampai di perkarangan Telaga Tujuh, saya tengok peta, fuhh tingginye pendakian. Dah cakap kat hubby malas nak naik tapi hubby cakap dah alang-alang sampai biar sampai abis. perghhhh exercise kami pagi-pagi tuh. Zahir merungut-rungut penat al-maklumla jarang exercise kan. Kami kerah juga sampaila ke puncak Telaga Tujuh. ehehehe...lepas rehat & amik gambar skit-skit kami pun turun semula. Takde ape pun sangat, sesuai untuk mandi-manda tapi bahaya skit. Kami takde bawa baju so takdela mandi-manda..

Turun dari Telaga Tujuh saya nampak cable car sudah bergerak. Saya ajakla hubby ke cable car semula. Yes, cable car sudah beroperasi. Ingatkan kena tiket RM28, rupenye RM15 je untuk pemegang mykad & zahir RM5 je. Tapi syarat kena tunjuk mykad, mykid @ surat beranak la. Kalu takde no diskaun, sorry. Walaupun sejam beratur (lebih panjang orang beratur dari yang mula-mula tuh huhuh) tapi kami gagahkan juga. Yela, tak sure lagi bile nakpi lagi. Pit stop pertama kami turun di dek pertama (tersilap sbnrnye). Lepas amik gambar kami terus beratur untuk naik cable car ke Top Peak. Saya nak ke sky bridge tapi hubby & zahir fobia height. Dah nak merajuk masa tu tapi takpela, memang tau diorang takut. Finally diorang setuju teman saya sampai tangga nak ke bridge tu. Saya meneruskan sampai ke penghujung bridge alone & amik gambar pun sorang-sorang. Takpela, asalkan dapat merasai perasaan di atas dek yang tergantung tu. Gerun juga tp level confident saya sangat tinggi pada waktu itu. Selepas puas bergambar kami pun naik semula ke pelantar untuk menaiki cable car turun ke bawah. Sangat puas hati walaupun penat juga beratur & menuruni tangga ke skybridge tu.

Kami singgah makan tengahari di Restoran Zul Ikan Bakar Nasi Campur di tepi jalan on the way back. Perghh, sedapnye ikan grut (1st time dengar, tengok & makan) & sotong bakar sambal, tak puas rasanye. Dah inform hubby sebelum balik harus makan lunch di situ lagi. ngeee :-). Kami meneruskan perjalanan kami ke Nusantara Gamat untuk membeli sedikit cenderahati & nak guna sendiri. Hampir-hampir terlepas nasib baik ternampak replika minyak gamat di depan kedai tu. Kami singgah sekejap je kerana Zahir tidur di dalam kereta.

Disebabkan awal lagi, kami meneruskan perjalanan ke Under Water World. Sebelum masuk, kami menikmati ais krim dulu sebab cuaca panas terik. ehehehe..Kami sempat survey harga coklat di kedai berdekatan (The Zon Duty Free & Coco Valley) tapi lebih mahal dari Haji Ismail Group (HIG). Tengok jela yek nama pun survey. Selepas membeli tiket (RM28 dewasa & RM18 kanak2) kami meneruskan pengembaraan kami..ehehehe..takde ape sangat yang menarik pun (best lagi Aquaria). Sebelum keluar kami sempat membeli cenderahati fridge magnet yang ada gambar kami RM10 je. ehehehe.

Sebelum pulang ke hotel, kami pergi menikmati minum petang cendol, pasembor (rojak) & laksa utara di tepi pantai (tepi jalan) on the way to airport tuh. Banyak peniaga berniaga menggunakan lori kecil di tepi-tepi jalan tuh. Pasembor & laksa sedap cuma cendol nye kureng menyengat. Takpela..Selepas selesai, kami pun beransur balik ke hotel untuk merehatkan badan setelah penat berjalan 1 hari. Hanya zahir sahaja yang pegi mandi di pool manakala kami zzzZZzzzz...ekekeke...

Selepas maghrib kami dinner sekali lagi di restoran Selera Lubuk Buaya. hehehe kali ni kami pesan lauk lebih skit..telur dadar (wajib bagi zahir nie), kailan goreng, kerang rebus, sotong bakar berlada & ikan siakap 3 rase..yummmyyyy!!! Selesai pengembaraan kami di pulau Langkawi untuk hari yang ke-3. ehehehe...

p/s: Sila layan gambar yang banyak ini ye kawan-kawan..ehehehehe... :-)


< breakfast, hotel room, hotel pool & Nusantara Gamat >

<Langkawi Cable Car & Oriental Village >

< Under Waterworld, minum petang, dinner & chill-out >

< Telaga Tujuh >



Jumaat, 18 Mac 2011

B.U.S.Y B.O.D.Y.

Salam semua....
Emm, lame dah saya tak update blog ni..tak sempat je nak update...very busy the body..ekekee...pape pun nanti saya update langkawi trip day 3 & 4 yup!! Anyway, thanks datang menjenguk blog saya yek (ade ke??)..Babai....

p/s: Gambar pun belum resize lagi nih...Trip ke obersea sudah ku cancel kan. Macam-macam hal datang. So, untuk keselamatan & kesusilaan, kami decide untuk cancel. Tapi, untuk tidak membazirkan duit saya keluar buat passport, akan ku rancang trip obersea yang lain pula...tungguuuu....(wat passport RM100 je, kalu pi jenjalan abis beratus-ratus @ beribu-ribu mungkin?? huhu macam la banyak sangat $$$ nye..)

Selasa, 15 Mac 2011

Langkawi Trip - Day 2 (13-Mar-2011)

Salam semua...
Arini kami sudah selsema skit, gara-gara banyak bermandi-manda di pool hotel nih..ehehehe...lepas geram..
Tak nak cerita banyak, just nak update aktiviti kami pada hari ke-2 di Langkawi.

Pagi kami sarapan di hotel, kemudian terus menuju ke destinasi pertama: Laman Padi. Dalam info tulis buka pada pukul 10.00am tapi kami tiba pada pukul 9.30am. Ade dengar bunyi riuh dari dalam & ade pengunjung yang dah masuk maka kami pun masuk jela. Rupenye ade family day sedang menjalankan pertandingan menanam anak padi & menangkap ikan menggunakan bubu kot. Seronok juga melihat gelagat anak muda mencuba aktiviti ini. Selepas beberapa ketika, kami beransur keluar. Sempat singgah untuk membeli kuih karas (kuih tradisional Kedah) yang sedang di masak. Rupa-rupanye untuk peserta family day. Tetapi makcik tu telah membenarkan saya untuk mencuba sedikit. yeay!! Kami amik 2 keping. Terima kasih makcik!!

Destinasi seterusnya kami ke Beras Terbakar. Takde ape yang menarik sangat, selepas bergambar kami terus ke Kota Mahsuri melawat Makam Mahsuri & sekitarnye. Selepas itu kami singgah sebentar di Atma Alam untuk melihat cara pembuatan kain batik.

Kemudian kami bercadang untuk survey coklat di pekan Kuah. On the way tu kami singgah makan tengahari di kedai berdepan dengan stesen minyak Petronas. Sedapnye sotong & ikan kerisi bakar.. nyum..nyum..
Selepas tiba di pekan Kuah, kami masuk ke kedai Hj. Ismail & beberapa kedai yang lain untuk survey harga. Setelah berpuas hati, kami meneruskan perjalanan ke Dataran Lang. Maklumla, masih awal lagi untuk pulang ke hotel. Dah alang-alang berada berdekatan terus kami singgah tanpa membuang masa & minyak kereta. Selepas puas bergambar, kami pun pulang ke hotel untuk berehat. Aktiviti petang tentunya mandi manda di pool hotel. Kami keluar awal sedikit & dapat bermandi-manda sepuasnye kerana masih awal & tidak ramai pengunjung lain yg bermandi-manda pada waktu itu. Kami menikmati fries & burger di tepi pool. Fuhh, sedapnye makan di tepi pool yek. ehehehe..

Selepas solat maghrib kami keluar makan malam di restoran Selera Lubuk Buaya, berdekatan dengan hotel hanya dengan berjalan kaki sahaja yang terletak di sebelah kanan hotel. Emm, menu banyak & rasenya pun boleh tahan. Better than the 1st day dinner at Pesona restaurant tuh. Selepas dinner, kami pun lepak di bilik sahaja sambil menonton tv..

p/s: Nasib baik dok hotel yang ade pool best, takdela boring sangat walaupun tak pegi island hopping @ snorkeling...ehehehe...

<heheheh cover-cover>

< splashing time yeah!!>

<gagau ikan dalam bubu tuh! ehehe>

<orang blm ready sudah snap lak!>

< 2nd time enter>

<agak2 comei tak? jgn marah ye DD pinjam trademark jap!>

< ramai sgt org>

<huhu tak best pun nmpk airport je, laut jauh>

<kedai ni la dinner best & harga berpatutan>

< Atma Alam>

<lunch yg best sotong & ikan kerisi bakar>

<mkn petang di tepi pool..eheheh>

<dinner: sup ekor, sotong tepung, telur dadar & kailan goreng>



Isnin, 14 Mac 2011

Langkawi Trip - Day 1 (12-Mar-2011)..

Salam semua...
Macam mana hari anda hari ini?? Saya & keluarga semuanya sihat. Hari ni kami masih di Langkawi. Ade lagi 2 hari kami di sini...Mudah-mudahan dapat memaksimumkan masa kami dengan aktiviti yang menarik & bermanfaat..

Kami bertolak dari rumah ke LCCT pada pukul 2.00pm. Tiba di LCCT lebih kurang pukul 2.45pm. Hubby terus drop saya & zahir dekat balai pelepasan dan terus ke parking. Saya terus ke kiosk check-in. Selepas mendapatkan pas berlepas (betul ke orang panggil??), kami terus ke MCD untuk lunch sambil menunggu hubby. Lebih kurang pukul 3.20pm hubby baru tiba dr parking. Dia terpaksa menunggu kawannya habis taklimat dulu. Selepas selesai makan, kami pergi membuang apa2 yang patut dulu sebelum nak naik kapal terbang. Disebabkan pengalaman kami yang pertama untuk menaiki flight, banyak kali juga la bertanya pada orang. huhuhu...Mula2 scan bag kat tempat salah (international flight), pastu menggagau cari gate P8 plak. hahaha tu semuanya pengalaman. Lepas melalui gate berlepas, tanya orang lagi nak naik flight kat mana. Dah naik flight, tanye pramugari & pramugara plak boleh tukar seat tak (hubby dapat seat no. lain & jauh dari kami). Disebabkan kami naik awal & pemegang hot seat pun tak ramai, maka siapa cepat dia dapat la untuk seat tu. hahaha Alhamdulillah dapat duduk bertiga. Kami bertolak on time iaitu 4.20pm dan tiba pun on time 5.20pm. Nasib baik cuaca OK walaupun mendung sedikit. Pengalaman terbang kali pertama untuk saya & zahir. Kami sangat excited walaupun semasa mula-mula take-off saya agak takut sedikit..ekekeke..
Ada seorang tua berbangsa Cina bermain silap mata di sebelah tempat duduk kami. Kami & beberapa orang penumpang berdekatan ada mencuba beberapa trick yang ditunjukkan tetapi tidak berjaya. :-)

Selepas mendarat, kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar berlatar belakangkan Airbus Air Asia (al-maklumlah pengalaman pertama harus direkodkan.. hikhikhik...). Selepas itu kami pun tawar menawar kereta sewa di kaunter kereta sewa. Selepas penat menawar, kami decided untuk ambil kereta viva manual (jimat minyak) dengan harga RM210 untuk 3 hari & deposit RM50. Standard la harga cuti sekolah kan. Selepas mendapat kereta kami terus menuju ke hotel penginapan, Aseania Resort. Lebih kurang 15minit dari airport, kami pun tiba. Selepas parking kereta, kami terus ke kaunter check-in. Semasa saya tengah sibuk di kaunter, hubby telah menegur seseorang. hahaha terjumpa bekas rakan sekerja di KL dulu. Tak sangka boleh terserempak (walaupun tau dia memang kerja di sini) walaupun jam sudah menunjukkan pukul 6.00pm. Kami berchit-chat sekejap & bergambar sebelum masing2 beredar meneruskan hal-hal masing2. Kami terus menuju ke bilik untuk berehat sebelum meneruskan aktiviti mandi-manda di pool hotel. Selepas puas mandi-manda, kami pulang ke bilik untuk berehat & solat sebelum dinner. Dinner malam pertama kami di Restoran Pesona betul-betul depan Under Water World. Alhamdulillah, semuanya OK cuma sup ekor cair skit. Takpela, next days kita makan restoran lain pula. Oklah, dah panjang dah ni, nanti sambung entry hari ke-2 pula...ehehehehe...

p/s: Trip kali ini kami tidak membuat sebarang aktiviti air kecuali mandi di pool hotel aje..ehehehe..

< our passes>

<zahir yang lapar..hikhikhik>

<me @ MCD LCCT>

<me & hubby @ hotel pool yang best sangat!!>