Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

klik sini..

Isnin, 14 Mac 2011

Langkawi Trip - Day 1 (12-Mar-2011)..

Salam semua...
Macam mana hari anda hari ini?? Saya & keluarga semuanya sihat. Hari ni kami masih di Langkawi. Ade lagi 2 hari kami di sini...Mudah-mudahan dapat memaksimumkan masa kami dengan aktiviti yang menarik & bermanfaat..

Kami bertolak dari rumah ke LCCT pada pukul 2.00pm. Tiba di LCCT lebih kurang pukul 2.45pm. Hubby terus drop saya & zahir dekat balai pelepasan dan terus ke parking. Saya terus ke kiosk check-in. Selepas mendapatkan pas berlepas (betul ke orang panggil??), kami terus ke MCD untuk lunch sambil menunggu hubby. Lebih kurang pukul 3.20pm hubby baru tiba dr parking. Dia terpaksa menunggu kawannya habis taklimat dulu. Selepas selesai makan, kami pergi membuang apa2 yang patut dulu sebelum nak naik kapal terbang. Disebabkan pengalaman kami yang pertama untuk menaiki flight, banyak kali juga la bertanya pada orang. huhuhu...Mula2 scan bag kat tempat salah (international flight), pastu menggagau cari gate P8 plak. hahaha tu semuanya pengalaman. Lepas melalui gate berlepas, tanya orang lagi nak naik flight kat mana. Dah naik flight, tanye pramugari & pramugara plak boleh tukar seat tak (hubby dapat seat no. lain & jauh dari kami). Disebabkan kami naik awal & pemegang hot seat pun tak ramai, maka siapa cepat dia dapat la untuk seat tu. hahaha Alhamdulillah dapat duduk bertiga. Kami bertolak on time iaitu 4.20pm dan tiba pun on time 5.20pm. Nasib baik cuaca OK walaupun mendung sedikit. Pengalaman terbang kali pertama untuk saya & zahir. Kami sangat excited walaupun semasa mula-mula take-off saya agak takut sedikit..ekekeke..
Ada seorang tua berbangsa Cina bermain silap mata di sebelah tempat duduk kami. Kami & beberapa orang penumpang berdekatan ada mencuba beberapa trick yang ditunjukkan tetapi tidak berjaya. :-)

Selepas mendarat, kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar berlatar belakangkan Airbus Air Asia (al-maklumlah pengalaman pertama harus direkodkan.. hikhikhik...). Selepas itu kami pun tawar menawar kereta sewa di kaunter kereta sewa. Selepas penat menawar, kami decided untuk ambil kereta viva manual (jimat minyak) dengan harga RM210 untuk 3 hari & deposit RM50. Standard la harga cuti sekolah kan. Selepas mendapat kereta kami terus menuju ke hotel penginapan, Aseania Resort. Lebih kurang 15minit dari airport, kami pun tiba. Selepas parking kereta, kami terus ke kaunter check-in. Semasa saya tengah sibuk di kaunter, hubby telah menegur seseorang. hahaha terjumpa bekas rakan sekerja di KL dulu. Tak sangka boleh terserempak (walaupun tau dia memang kerja di sini) walaupun jam sudah menunjukkan pukul 6.00pm. Kami berchit-chat sekejap & bergambar sebelum masing2 beredar meneruskan hal-hal masing2. Kami terus menuju ke bilik untuk berehat sebelum meneruskan aktiviti mandi-manda di pool hotel. Selepas puas mandi-manda, kami pulang ke bilik untuk berehat & solat sebelum dinner. Dinner malam pertama kami di Restoran Pesona betul-betul depan Under Water World. Alhamdulillah, semuanya OK cuma sup ekor cair skit. Takpela, next days kita makan restoran lain pula. Oklah, dah panjang dah ni, nanti sambung entry hari ke-2 pula...ehehehehe...

p/s: Trip kali ini kami tidak membuat sebarang aktiviti air kecuali mandi di pool hotel aje..ehehehe..

< our passes>

<zahir yang lapar..hikhikhik>

<me @ MCD LCCT>

<me & hubby @ hotel pool yang best sangat!!>


2 ulasan:

d_LA berkata...

wahhhh..dah ade kat Langkawi ye..hope enjoyla kat sn yer dan pulang dgn selamat

ain zuraini berkata...

yes, enjoying the holidays..mudah2an selamat tiba di KL esok. tq dla..