Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

klik sini..

Selasa, 15 Mac 2011

Langkawi Trip - Day 2 (13-Mar-2011)

Salam semua...
Arini kami sudah selsema skit, gara-gara banyak bermandi-manda di pool hotel nih..ehehehe...lepas geram..
Tak nak cerita banyak, just nak update aktiviti kami pada hari ke-2 di Langkawi.

Pagi kami sarapan di hotel, kemudian terus menuju ke destinasi pertama: Laman Padi. Dalam info tulis buka pada pukul 10.00am tapi kami tiba pada pukul 9.30am. Ade dengar bunyi riuh dari dalam & ade pengunjung yang dah masuk maka kami pun masuk jela. Rupenye ade family day sedang menjalankan pertandingan menanam anak padi & menangkap ikan menggunakan bubu kot. Seronok juga melihat gelagat anak muda mencuba aktiviti ini. Selepas beberapa ketika, kami beransur keluar. Sempat singgah untuk membeli kuih karas (kuih tradisional Kedah) yang sedang di masak. Rupa-rupanye untuk peserta family day. Tetapi makcik tu telah membenarkan saya untuk mencuba sedikit. yeay!! Kami amik 2 keping. Terima kasih makcik!!

Destinasi seterusnya kami ke Beras Terbakar. Takde ape yang menarik sangat, selepas bergambar kami terus ke Kota Mahsuri melawat Makam Mahsuri & sekitarnye. Selepas itu kami singgah sebentar di Atma Alam untuk melihat cara pembuatan kain batik.

Kemudian kami bercadang untuk survey coklat di pekan Kuah. On the way tu kami singgah makan tengahari di kedai berdepan dengan stesen minyak Petronas. Sedapnye sotong & ikan kerisi bakar.. nyum..nyum..
Selepas tiba di pekan Kuah, kami masuk ke kedai Hj. Ismail & beberapa kedai yang lain untuk survey harga. Setelah berpuas hati, kami meneruskan perjalanan ke Dataran Lang. Maklumla, masih awal lagi untuk pulang ke hotel. Dah alang-alang berada berdekatan terus kami singgah tanpa membuang masa & minyak kereta. Selepas puas bergambar, kami pun pulang ke hotel untuk berehat. Aktiviti petang tentunya mandi manda di pool hotel. Kami keluar awal sedikit & dapat bermandi-manda sepuasnye kerana masih awal & tidak ramai pengunjung lain yg bermandi-manda pada waktu itu. Kami menikmati fries & burger di tepi pool. Fuhh, sedapnye makan di tepi pool yek. ehehehe..

Selepas solat maghrib kami keluar makan malam di restoran Selera Lubuk Buaya, berdekatan dengan hotel hanya dengan berjalan kaki sahaja yang terletak di sebelah kanan hotel. Emm, menu banyak & rasenya pun boleh tahan. Better than the 1st day dinner at Pesona restaurant tuh. Selepas dinner, kami pun lepak di bilik sahaja sambil menonton tv..

p/s: Nasib baik dok hotel yang ade pool best, takdela boring sangat walaupun tak pegi island hopping @ snorkeling...ehehehe...

<heheheh cover-cover>

< splashing time yeah!!>

<gagau ikan dalam bubu tuh! ehehe>

<orang blm ready sudah snap lak!>

< 2nd time enter>

<agak2 comei tak? jgn marah ye DD pinjam trademark jap!>

< ramai sgt org>

<huhu tak best pun nmpk airport je, laut jauh>

<kedai ni la dinner best & harga berpatutan>

< Atma Alam>

<lunch yg best sotong & ikan kerisi bakar>

<mkn petang di tepi pool..eheheh>

<dinner: sup ekor, sotong tepung, telur dadar & kailan goreng>



4 ulasan:

ddjfr berkata...

ahah..!nasib baik comey pakai trademark i.hahaha

lady-D berkata...

perghhh..nama restoran tu dasatlah..SELERA LUBUK BUAYA siyottt

Fariross berkata...

wahh.... best2...

ain zuraini berkata...

dd: ehehehe tuan badan comei @ trademark yg comei?? :-)

dLa: nsb baik sume makan kat situ bukan buaya..ekekeke...

fariross: yeah mmg best..jom jalan2..