Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

klik sini..

Isnin, 2 Mei 2011

Mama's Day Out..

Salam semua...
huhu penat2 taip hilang semua sudah...So tulis pendek2 jelah..

Semalam saya, mama, adik bongsu, kakak & anak2 ke Sg. Klah Hot Spring di Sungkai, Perak. Perjalanan dari Kuala Lumpur makan masa sejam setengah & tol RM15.70 sehala. Exit Sungkai & belok kiri selepas tol. Kemudian ikut signboard ke Homestay Klah sebelah kiri. Masuk & 7km selepas itu sampai..

Tiket dewasa RM10, kanak2 RM8, warga tua RM7 & OKU RM2. Semalam sangat ramai orang maklumlah public holiday kan. Tak kisahle, saya beratur pun sekejap jek. Selepas dapat tiket kami pun masuk parking ke dalam. Perghh penuh sangat kereta nasib baik saya dapat parking strategic depan sekali, senang nak balik nanti.

Sampai2 je kami mengalas perut dengan mee goreng, kuih & pizza domino's dulu. Selepas kenyang masing2 bertukar baju & apa lagi mandi time lah! Mama orang pertama yang masuk ke hot pool disusuli kami yang lain. Nampak sangat mama excited nak mandi air panas ye kawan2...ehehehehe syukur Alhamdulillah...Kemudian kami meninggalkan mama di hot pool & terus ke cold pool (air gunung). Mama masih tidak puas di situ. Saya & adik beratur untuk menaiki slide yang baru, lebih tinggi & panjang dari slide dulu yang lebih lebar tapi pendek jek. Selepas sekali main slide, kami terus ke deep pool untuk berenang-renang sambil mengurut badan & kepala dengan pancuran air yang sangat kuat. Memang best, puas hati & berbaloi2..!! Selepas itu kami pulang ke tempat berkelah sebab perut sudah lapar. Kami mencari mama di hot pool tapi takde. Cari dekat tempat rendam kaki pun takde. Last2 kami pun makan dulu. Adik saya nak pegi mencari mama tapi last2 mama yang dah sampai adik pula yang tak balik2 lagi dari misi mencari. ekekeke...Beberapa minit kemudian barulah adik saya sampai. Kami pun makan bersama. Walaupun lauk simple sambal ikan bilis, telur dadar & pajeri nenas, kami berselera makan tambah2 lagi dalam suasana berkelah di bawah pokok kelapa sawit. ekekeke..

Selepas makan, kami meneruskan acara mandi manda di cool & deep pool. Berhajat nak beli roti john tapi dah abis. Mase tu baru pukul 2pm. Ish3x..Nak beratur beli waffle pun ramai orang. last2 kami beli air sirap 1 & ais krim kon 1. hahaha jimat duit..Mama menjaga nonet sebab dia dah penat mandi di hot pool, berendam kaki & badan di kolam air panas pure baekkk punye & sorang2 ke cool & deep pool layan pancuran air. Mama saya memang suka berenang, sama lah macam anak dia sorang ni. hehehehe...

Selepas puas mandi kami pun bersiap2 untuk pulang. Kami singgah di R&R Behrang (kot!!) untuk membeli buah & kat R&R Ulu Bernam untuk membeli pau Yik Mun (halal) selepas disyorkan oleh opismate. Memang terbaekk la pau kacang, kari daging & ayam... Puas kami makan. Memang agak terkenal la pau tu..Walaupun perjalanan balik hujan lebat on off, kami selamat sampai di KL selepas 2 jam perjalanan. Bawa slow lah kan hujan lebat. Kami akan ke sana lagi lepas ni & akan membawa abah, abang ipar, hubby & adik dari Ipoh pun akan turun. yeahhh!!

p/s: hahaha konon2 nak tulis pendek terpanjang lah pulokks!! enjoy picca's..


menggediks di dlm kereta on d way pegi & balik..

dah lama tak berkelah camni....

mandi time!!


nonet yg mula2 takut dengan air last2 tak nak naik pula!! hehehe...



4 ulasan:

lady-D berkata...

perghhhh..terbaik ahhh dia punye holiday..best gila..lama x gi tmpt camni

ain zuraini berkata...

dla: mmg beshh...jom2 pi lg...ehehehe ajak fariross..

Fariross berkata...

akan!! ntah tahun bila daa... sila plan!! hihihi...

rajin gilos edit2 gambor... kekeke...

ain zuraini berkata...

fariross: copy-paste-resize-printscreen-copy-paste-ntah sampai bila..ahahahaha