Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

klik sini..

Khamis, 1 September 2011

Takde gambar raya...huhuhuh

Salam semua....


Baru hari ni sempat berblog..pagi tadi pukul 11am baru sampai dari Kuantan, beraya di rumah mertua pada tahun ni. Raya pertama lepas solat raya baru bertolak ke Kuantan. Sebenarnya perjalanan ini tidak dirancang kerana sepatutnya kami beraya di KL sahaja. Sehari sebelum raya hubby terima panggilan dari mertua yang memberitahu beliau tidak jadi pulang ke Kelantan.

Disebabkan saya tiada membeli barang2 untuk memasak maka kami hanya bawa kek, lemang & kuih raya sahaja ke Kuantan. Nasib baik mertua sudah menyediakan rendang ayam, bihun goreng & nasi impit. Raya pertama hanya berehat di rumah mertua & petang ke rumah pakcik untuk berhari raya. Selepas itu kami hanya lepak sambil tengok tv di kedai mertua. Pukul 5.30pm raya pertama bibik sudah buka kedai & ramai juga yang menyinggah bertanya keropok lekor, tapi malangnya semua pulang hampa sebab kilang keropok cuti lame...ehehehehehe...

Huhuhu disebabkan raya pertama tu kami sibuk bersiap2 nak ke Kuantan, kami lupa untuk snap gambar di pagi raya. bermaaf-maafan sesama kami pun tak lagi la...huhuhuh sorry ye sayang...maka tak dapatlah saya meletakkan gambar beraya pada tahun ini...huhuhuhuhu....

p/s: wuaaa wuaaaa malasnya nak keje...ehehehehehe....








2 ulasan:

lady-D berkata...

dla dah nak kena blk hari ni..mmg mls gila rasa..

ain zuraini berkata...

hehehe selamat bekerja semula...