Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

klik sini..

Jumaat, 8 April 2011

Berjinak-jinak...

Salam semua..
Emm, tetibe terajin nak wat entry ni lak. Actually dah tau pasal ni dari kawan agak lama la, tapi mase tu peluang belum datang. Tetibe rabu lepas terima email dari kawan beritahu yang saham Bank Rakyat sudah di buka. Alamak, saya mesti ambil peluang ni. Saya dengar pulangan nya amat puas hati. Saya pun col hubby suruh dia amikkan borang sebab saya susah nak keluar dari ofis, hubby senang & ade bank yang berdekatan. Sambil tunggu berita borang dari hubby, saya & kawan2 beremel tentang saham ni coz ade kawan2 yang dah berjaya beli saham tu pada hari rabu tu. Macam2 kemusykilan & peraturan/syarat la yang saya tanye coz saya baru nak berjinak-jinak. ngeee :-)

Akhirnya hubby inform yang dia sudah berjaya amik borang walaupun terpakse bersesak-sesak (kat kaunter depan la, hubby saya ikut belakang kaunter hahahahaha). So, malam tu saya bersungguh-sungguh mengisi borang tu (1 untuk syarat maximum RM500 & 1 lagi untuk syer tambahan (yang ni kena que coz tunggu approval from HQ). Keesokan harinya hubby pi bank dalam tengahari camtu. Alamak, ramainya orang dia inform. Sejam lebih gakla terpaksa menunggu giliran (kali ni ikut kaunter depan kenala sabar yek). Kesian hubby & hampir-hampir nak balik ofis dah mase tu coz lame sangat. Nasib baik dah amik borang awal sebab sape yang takde borang dah tak boleh beli saham dah semalam. Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga kami mendapatkan saham Bank Rakyat ini walaupun dalam jumlah RM500 sahaja (permulaan kan). Mudah-mudahan approval from HQ tu dapat didengari dalam masa yang singkat le tapi kawan inform orang bank bagitau form2 yang waiting list pun beribu-ribu lagi tunggu approval..huhuhuh memang orang ramai berebut la dengan saham ni. Special thanks to my friends Sakinah, Ayu, Adnin & Sharifah yang sudi kongsi info & news dengan saya. :-)

p/s: Lepasni boleh berjinak-jinak pula dengan pelaburan emas, tapi saya masih belum mengkaji/membaca/memahami pasal ni, kena menuntut ilmu dari kawan/blog/tenet & sumber-sumber yang boleh dipercayai la nie.. :-) Jangan lupe share info dengan saya yek!!


< boleh terus buat >

< menanti dengan penuh sabar :-) >


2 ulasan:

lady-D berkata...

saham akhirat jgn lupe taw..

peringatan tuk diri sndiri gak^^

ain zuraini berkata...

ehehehe ye tak lupe!!