Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

klik sini..

Sabtu, 21 Mei 2011

Award for mama...

Salam semua...
Arini saya bersiaran dari umah mama. Al-maklumlah malam nanti nak bersama2 family untuk tengok 1 majlis yang penting di sini. Apakah itu?? jeng jeng jeng...

Malam tadi dapat call dari mama. Ada sambutan hari ibu & bapa di perkarangan rumah esok malam ( malam nie la). Mama akan terima award ibu mithali @ ibu cemerlang. Mama tak suruh datang cume just inform in case saya nak datang kan. Of course la saya nak datang. Tak sabar nak lihat mama dapat anugerah seperti ini yang tak pernah kami terfikir untuk dapatkan. Mama bagitau yang semalam ajk majlis telah datang untuk interview. hohoho terharu saya di atas penghargaan yang diberikan kepada mama.

Saya tak sabar untuk menghadiri majlis ini malam nanti. Hanya saya, adik bongsu, kakak & anak2nya serta abah sahaja yang akan menyertai kerana adik lagi sorang sibuk dengan majlis konvokesyen di tempat kerjanya manakala abang saya berada nun jauh di Kelantan sana. Walaubagaimanapun, we all love you MAMA......ummuuuaahhh!! Nantikan gambar2 sekitar majlis nanti yek!

p/s: huhu jangan menangis malam nanti sudahlah!! ekekekeke saya ni sensitif skit. wakakaka...air mata kegembiraan & kesyukuran....Alhamdulillah....aminnnnn...


1 ulasan:

lady-D berkata...

tahniah tuk mama ain..nt share gmbr oke^^