Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

klik sini..

Selasa, 17 Mei 2011

Hari Ibu, Bapa & Guru di ATAH..

Salam semua...
Maaf la yek nak update cerita basi lagi nih. Pada hari Khamis malam Jumaat yang lepas iaitu tanggal 12-May-11, saya & hubby telah bergegas ke ATAH a.k.a Akademi Tahfiz Al-Hidayah selepas pulang dari ofis untuk menghadiri majlis bacaan yassin & solat hajat sempena sambutan hari ibu, bapa & guru bersama-sama pelajar, guru & ibu bapa penjaga. Sebenarnya majlis bermula jam 6.30pm tetapi al-maklumlah jalan jem, kami tiba lebih kurang pukul 7.40pm camtu. Semua tetamu & pelajar baru selesai makan malam & baru nak memulakan solat maghrib berjemaah. Nasib baik sempat. ehehehe...

Selepas solat maghrib berjemaah, kami dipimpin oleh ustaz ATAH untuk solat hajat & seterusnya bacaan yassin dan tahlil. Selesai bacaan yassin kami solat isya' berjemaah pula. Kemudian majlis dimulakan dengan bacaan surah-surah al-quran oleh bakal hafiz & hafizah dari ATAH. Sejuk perut ibu yang mengandungkan dapat anak yang menghafaz al-quran. Selepas itu ade anugerah ibu & bapa mithali pula. Anugerah ibu mithali diberikan kepada Puan Hajah Zihan kalau tak silap saya yang tidak pernah kenal erti jemu mendidik anak2nya dalam menghafaz al-quran. Anugerah bapa mithali pula diberikan kepada seorang bapa yang berjaya membimbing anaknye yang OKU sehingga berjaya menghafaz 1 juzuk al-quran dalam masa sebulan. Alhamdulillah semoga Zahir dapat menjadi hafiz yang cemerlang. Mudah2an..

Kemudian ibu & bapa dijemput ke hadapan untuk bersama-sama memotong kek hari ibu & bapa sambil diiringi nyanyian nasyid oleh ibu Laila (pengasas & pengetua ATAH) serta pelajar2 ATAH. Kami kemudiannya disajikan dengan nyanyian nasyid oleh pelajar2 pra-sekolah ATAH sempena hari ibu. Sungguh sayu & sedih suasana tatkala para pelajar pra-sekolah menghadiahkan bunga ros kepada ibu & bapa masing2. Ada pelajar2 anak yatim yang menangis sedih kerana ibu bapa mereka tiada di dalam majlis itu. Ibu bapa serta guru & pelajar2 lain juga turut sedih, diiringi plak oleh lagu Maher Zain yang sedih itu bertambah2 le kesedihannya..Selepas sesi bersalam-salaman di antara semua tetamu kami dihidangkan dengan jamuan. Antara makanan yang ada ialah kek, nasi goreng, mee goreng, kuih muih, spageti & buah2an. Alhamdulillah, kami dapat meluangkan sedikit masa di majlis itu. Mudah2an semua pelajar2 ATAH dapat menjadi pelajar yang cemerlang & hafiz-hafizah yang terbilang..aminnnn...

p/s: Bergenang air mata saya melihat suasana pada malam itu....

<pengerusi majlis>

<bakal hafizah>

<bakal hafiz>

< board Selamat Hari Ibu Bapa >

< anugerah bapa mithali >

<anugerah ibu mithali >

< para bapa potong kek hari bapa >

< Zahir, semoga menjadi hafiz yang cemerlang >

< the cake >

< persembahan kanak2 pra-sekolah >

< tamborin & gendang mengiringi nyanyian >

< bijak melagukan gendang >

< berbincang dengan ustaz >

< tengok sempat peace lagi!! hehehe >

< ummi & zahir >

< zahir & abah >

*maaf kualiti gambar kurang memuaskan..huhuhu...

6 ulasan:

lady-D berkata...

sejuk perut kalo buat program camni kan..ain siap peace lg..hehe

ain zuraini berkata...

eheheh tuela pasal..wakakaka..

ddjfr berkata...

kak ain,sori nak tanya.zahir ni sape?huhu.sori taktau..

ain zuraini berkata...

ahahaha my step son la...

ddjfr berkata...

oo.ok.sori...

ain zuraini berkata...

it's ok la... :-)