Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

klik sini..

Ahad, 20 Mac 2011

Langkawi Trip - 4th Day (15-Mar-11)

Salam semua...
Arini saya nak update laju-laju lagi. Ade yang ternanti-nanti update dari saya tak?? (huhuhu perasan jap!!) Baru lepas brunch jap tadi, menu simple je roti telur & air milo suam. Malas lak nak masak nasi arini. ekekek..

Wokeh, hari terakhir di Pulau Langkawi kami mulakan dengan sarapan pagi di warung mak tam, tepi sebelah kiri hotel jek. Malas nak makan buffet breakfast di hotel, jemu plak. ehehehe..Hujan sangat lebat pagi tu nasib baik kami dah nak balik. Kalau tak, rugi juga kalau tak boleh nak buat pape aktiviti. Kami makan nasi lemak RM1 je, tambah telur mata & hotdog roll 2 biji. Alhamdulillah kenyang. Tunggu hujan reda jap & kami pergi ronda-ronda pantai tengah, cenang & pekan kuah untuk abiskan minyak kereta yang kami isi RM30 je sepanjang 4 hari kami di sana. hehehe..mase dapat 2 senggat, mase anta pun harusla 2 senggat. :-)

Selepas selesai meronda, kami pulang ke hotel untuk bersiap-siap packing sebelum check-out. Sempat bergambar di dalam bilik hotel & lobi hotel sebelum bergerak keluar dari hotel.  Kemudian kami meneruskan perjalanan kami ke Restoran Zul Ikan Bakar kerana sudah berjanji yang kami akan datang makan lagi sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Disebabkan laluan nya agak berhampiran dengan lapangan terbang, itu tidak menyukarkan kami. Hanya ikut signboard ke Langkawi Cable Car & terus sampai di kedai tersebut. Hanya tepi jalan & signboard nya pun besar. hehehehe...Kami balas dendam makan sampai 4 ekor sotong bakar & seekor ikan grut (hari ke-3 hanya 2 ekor sotong bakar & setengah ikan grut). Memang berbaloi-baloi harganya dengan kesedapannya. Kami memang puas hati. :-) Selepas lepak sebentar lepas makan, kami pun beransur pulang & mr. hubby sempat bersalaman dengan tuan kedai meminta diri untuk pulang (sungguh mesra tuan kedai itu & hanya memasang lagu nasyid sahaja di kedainye..)

Disebabkan waktu penerbangan kami lewat petang maka kami pergi ronda-ronda lagi ke Kampung Buku. Emm, ingatkan ade banyak buku macam muzium rupenye hutan lipur & rekreasi daa...ahahahahaha. Takpela, alang-alang dah sampai kami jalan-jalan & bergambar jap. Setelah puas bergambar, kami pun terus menuju ke lapangan terbang. Awal skit kami ke sana, boleh rehat-rehat. Setelah memulangkan kunci kereta sewa & mengambil deposit, kami pun lepak-lepak sahaja di tempat duduk yang disediakan di tempat berlepas. Sempat jalan-jalan di kedai-kedai dalam airport & grab kit kat untuk makan sambil lepak (favourite hubby & zahir nie).

2 jam sebelum penerbangan kaunter tiket telah dibuka untuk check-in. Saya dengan lajunye telah pegi beratur selepas nampak kelibat staf Air Asia yang sedang menuju ke kaunter tiket. hehehe orang yang mula-mula sekali beratur, semangat tul. Sebenarnya nak berebut no. tempat duduk supaya dapat duduk bertiga sekali. hehehehe..Nasib baik dapat walaupun tiket untuk hubby saya kena beratur lagi sekali. Walaupun flight delay 10 minit, kami menunggu dengan penuh sabar. Penerbangan balik kali ni cuaca hujan renyai-renyai dan angin agak kuat. Alhamdulillah kami selamat sampai di LCCT pada pukul 6.55pm. Zahir terus menuju ke kiosk KFC kerana dia sangat lapar. Sabar jela yek. Layan jela, biasela budak-budak. Selepas selesai makan kami pun beransur pulang ke rumah & sempat singgah dinner di Taste of Kelantan, Bandar Tasik Permaisuri..my home sweet home...

p/s: Fuhh, lega review 4 hari trip sudah selesai. Blog update return to normal update ok..babai..enjoy picca's..


< tukar selera hari terakhir di Langkawi >

< gediksss time >

< mamammmm time yummmmmyyyy... >

< last minit ronda-ronda >

< @ airport >

5 ulasan:

Fariross berkata...

wah... lapar tgk ikan itu... hehehe...

lady-D berkata...

cittt..deqros ingat mkn je..sm rrr aku pom..haha..aritu pegi langkawi mkn kat rmh akak je..save budget..haha

ain zuraini berkata...

fariross: sedapp wooo...

dLa: wah, jimat $$$ yek...ehehe..

Nowwa: yes mmg nice.. hehehe..

zirconia berkata...

zahir dah kurus la..huhuhu

ain zuraini berkata...

oh ye ke?? tp kuat lg makan telur & sup ekor tuh..huhuhuhu...